Senin, 11 April 2011

Kebudayaan Australia


Australia (disebut /əˈstreɪljə/, secara rasminya dipanggil Komanwel Australia, ialah sebuah negara di Hemisfera Selatan yang terdiri daripada tanah besar yang merupakan benua yang terkecil di dunia, dan sebilangan pulau di Lautan Selatan, Hindi, dan Pasifik. Negara-negara jirannya termasuk Indonesia, Timor Leste dan Papua New Guinea di utara, Kepulauan Solomon, Vanuatu, dan New Caledonia (wilayah tanggungan Perancis) di timur laut, serta New Zealand di tenggara.

Tanah besar Australia telah dihuni sejak 60,000 tahun lagi oleh orang-orang asli Australia. Setelah lawatan sekali-sekala oleh nelayan-nelayan dari utara serta para penjelajah dan pedagang dari Eropah, namun mulai daripada abad ke-17, sebelah timur tanah besar ini dituntut oleh pihak British pada tahun 1770, dan New South Wales dijadikan sebuah tanah jajahan untuk hukuman secara rasmi pada 26 Januari 1788. Apabila jumlah penduduk bertumbuh dan kawasan-kawasan baru dijelajahi, lagi lima buah kawasan yang lebih merupai Tanah Jajahan penguasaan diri ditubuhkan berturut-turut pada sepanjang abad ke-19.

Pada 1 Januari 1901, enam buah tanah jajahan bergabung menjadi sebuah persekutuan, dan Komanwel Australia dibentuk. Sejak masa itu, Australia telah mengekalkan sistem politik demokratik liberal yang stabil dan tetap merupakan sebahagian Alam Komanwel. Ibu negaranya, Canberra, terletak di Wilayah Ibu Kota Australia. Jumlah penduduk negara yang kini di sekitar 20.6 juta orang tertumpu khususnya di bandaraya-bandarya tepi pantai seperti Sydney, Melbourne, Brisbane, Adelaide, dan Perth.

Kebudayaan

Asas utama kebudayaan Australia sehingga pertengahan abad ke-20 ialah kebudayaan Inggeris-Celt, walaupun ciri-ciri Australia yang tersendiri telah berkembang daripada persekitaran dan budaya orang asli. Pada tempoh 50 tahun yang lalu, budaya Australia amat dipengaruhi oleh budaya popular Amerika (khususnya televisyen dan pawagam), dan imigrasi berskala besar dari negeri-negeri yang tidak bertutur dalam bahasa Inggeris serta dari negara-negara jirannya di Asia. Semangat dan sifat original seni Australia — filem, opera, muzik, lukisan, teater, tarian, dan seni pertukangan — telah memperoleh pengakuan antarabangsa.

Australia mempunyai sejarah seni tampak yang lama, mulai daripada lukisan-lukisan gua dan kulit kayu orang asli. Sejak zaman penempatan Eropah, satu tema yang biasa dalam seni Australia ialah lukisan bentuk darat seperti yang dapat dilihat dalam karya Arthur Streeton, Arthur Boyd dan Albert Namatjira, antara lain. Sebahagian besar tradisi-tradisi orang asli Australia diturunkan secara lisan dan amat berkait dengan upacara dan penceritaan Masa Mimpi.

Muzik, tarian, dan seni orang asli Australia mempunyai pengaruh yang ketara kepada seni tampak dan seni pentas sezaman. Australia mempunyai tradisi muzik, tarian balet, dan teater yang aktif, dengan banyak syarikat seni pentasnya menerima pembiayaan awam melalui Majlis Australia kerajaan persekutuan. Terdapat sebuah orkestra simfoni di setiap ibu kota, serta sebuah syarikat opera kebangsaan, iaitu Opera Australia, yang dijadikan terkenal buat pertama kali oleh Joan Sutherland, seorang diva yang termasyhur; muzik Australia merangkumi muzik klasikal, jazz, dan banyak lagi genre muzik yang popular.

Kesusasteraan Australia juga dipengaruhi oleh pandangan darat; karya-karya penulis seperti Banjo Paterson dan Henry Lawson, mengabdikan pengalaman pedalaman Australia. Ciri-ciri Australia jajahan yang terangkum dalam kesusasteraan awal bergema dengan Australia moden dan penekanan tertanggap terhadap egalitarianisme, persahabatan, and anti-autoritarianisme.

Pada tahun 1973, Patrick White dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan. Beliau yang diakui sebagai salah satu penulis bahasa Inggeris abad ke-20 yang terbaik merupakan orang Australia yang tunggal untuk memperoleh anugerah ini; Bahasa Inggeris Australia merupakan satu kelainan bahasa Inggeris yang utama; sebahagian besar tatabahasa dan ejaannya mendasarkan bahasa Inggeris British yang disertai dengan bahasa vernakular yang kaya dengan butir-butir dan frasa-frasa leksikal yang unik. Sebilangannya ini telah diterima oleh bahasa Inggeris piawai.

Australia mempunyai dua buah stesen penyiaran awam (SBS yang berbilang budaya, serta ABC), tiga buah rangkaian televisyen komersil, tiga perkhidmatan TV berbayar, dan banyak lagi stesen televisyen dan radio awam tak untung. Industri filem Australia telah mencapai kejayaan-kejayaan komersil yang genting. Setiap bandar raya utama mempunyai akhbar sendiri, dan terdapat dua akhbar nasional, iaitu The Australian dan Akhbar Resensi Kewangan Australia (The Australian Financial Review). Menurut Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Without Borders), pada tahun 2005, Australia mendapat tempat ke-35 dalam senarai negara-negara yang ditempatkan mengikut kebebasan akhbar, iaitu di belakang New Zealand (ke-9) dan United Kingdom (ke-28), tetapi di hadapan Amerika Syarikat. Pemeringkatan ini disebabkan sebahagian besar oleh kepelbagaian pemilikan media komersil yang terhad di Australia. Khususnya, kebanyakan media bercetak Australia adalah di bawah kawalan Perbadanan Berita dan Syarikat Pemegangan John Fairfax.

Sukan memainkan peranan yang utama dalam kebudayaan Australia. Dibantu oleh iklim yang sangat sesuai untuk kegiatan-kegiatan luar, 23.5% daripada penduduk-penduduk Australian yang berumur melebihi 15 tahun menyertai kegiatan-kegiatan sukan terancang dengan tetap. Pada peringkat antarabangsa, Australia mempunyai pasukan-pasukan yang kuat dalam kriket, hoki, bola jaring, liga ragbi, serta kesatuan ragbi, dan menunjukkan prestasi yang baik dalam lumba basikal, sukan berdayung, dan berenang. Pada peringkat negara, sukan-sukan popular yang lain termasuk bola sepak peraturan Australia, lumba kuda, bola sepak dan lumba kereta. Australia telah menyertai setiap Sukan Olimpik musim panas era moden, dan setiap Sukan Komanwel. Australia menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik Melbourne 1956 dan 2000, dan telah ditempatkan antara lima buah negara yang memenangi paling banyak pingat sejak tahun 2000. Australia juga merupakan tuan rumah kepada Sukan Empayar British 1938 dan 1962, serta Sukan Komanwel 1982 dan 2006. Sukan-sukan antarabangsa utama yang lain yang biasa diadakan di Australia termasuk Kejohanan Terbuka Australia, salah satu daripada empat pertandingan tenis Grand Slam, pertandingan kriket antarabangsa tahunan, dan Formula One Grand Prix Australia. Penajaan korporat dan kerajaan kepada banyak sukan dan ahli olahraga elit adalah biasa di Australia. Sukan yang disiarkan di televisyen adalah popular; sebilangan rancangan televisyen yang menerima pemeringkatan yang tertinggi termasuk Sukan Olimpik musim panas dan perlawanan akhir bola sepak tempatan dan antarabangsa.

sumber : www.wikipedia.org

Tidak ada komentar:

Posting Komentar